Thursday 31 May 2012

ACTION PLAN

'Action Plan' adalah satu kesimpulan berkaitan dengan inovasi yang dibuat pada masa kini dan masa hadapan. Untuk melihat action plan sila KLIK di sini.

KONSEP REKABENTUK STRUKTUR KONKRIT BERTETULANG

KEGAGALAN STRUKTUR
Kegagalan struktur jambatan akibat pembebanan

Kegagalan struktur tiang

Kegagalan struktur akibat ricihan

Kegagalan rasuk akibat lenturan
Kegagalan struktur dinding tanpa tetulang keluli


DEFINISI REKABENTUK

Rekabentuk merupakan satu proses pemilihan bahan dan menentukan saiz elemen struktur yang akan dibina. Tujuan utama rekabentuk adalah untuk menyediakan suatu struktur yang selamat dan sesuai untuk digunakan dan dapat dibina dan diselenggara dengan kos yang minimum.

MATLAMAT REKABENTUK
  1. Memastikan penggunaan kos yang ekonomi serta memudahkan pembinaan.
  2. Memastikan struktur yang dibina tahan selama mana ianya digunakan.
  3. Memastikan struktur yang dibina berada dalam keadaan yang selamat.
  4. Menghasilkan bentuk struktur yang menarik dan sesuai dengan persekitaran.
TETULANG

Dalam kes struktur yang dibina dari konkrit bertetulang, bar-bar keluli diletakan di dalam konkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku.

Tetulang yang digunakan di dalam bahagia-bahagian bangunan direkabentuk oleh Jurutera bangunan. Tujuan dibentuk tetulang ini diantaranya untuk menyesuaikan dengan rupa bentuk bangunan supaya dapat mengawal kekuatan pada rangka bangunan. Bentuk-bentuk yang direka ini boleh memberi kesan pada kualiti pembinaan bangunan tersebut.
 
 
Contoh-Contoh Bentuk Tetulang
    
Tetulang bagi rasuk sebuah jambatan

Tetulang Ricih


VIDEO P&P : STEEL BAR FOR REINFORCEMENT


AKTIVITI

Setelah melihat video yang disediakan, sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1.   Senaraikan jenis-jenis tetulang keluli yang digunakan dalam pembinaan.
       _______________________________________________________
       _______________________________________________________

2.   Senaraikan kegunaan tetulang dalam struktur binaan.
       _______________________________________________________
       _______________________________________________________

****SELAMAT MENCUBA****