Friday 1 June 2012

PROSES REKABENTUK

Terdapat 3 peringkat utama yang diambil kira semasa proses rekabentuk iaitu:


Perancangan
  • Perancangan amat penting untuk menentukan keseluruhan, jenis bahan, saiz, bentuk, sistem struktur dan kaedah pembinaanya.
  • Da pat menganggarkan kos rekabentuk, pembinaan dan senggaraan dan menentukan pihak-pihak yang bertanggungjawab semasa di peringkat rekabentuk dan pembinaan.
  • Proses perancangan dibentuk dengan bantuan maklumat dari klien, pengalaman merancang, imaginasi, penyelidikan tapak, ujian makmal, kesan kepada alam sekitar dan ekonomi.
  • Perancangan boleh dimulakan sebaik sahaja klien memberi keterangan ringkas mengenai projek.

Analisis Struktur
  • Dijalankan oleh jurutera struktur bertujuan untuk mendapatkan daya-daya dalam anggota, daya ricih, momen lentur, pesongan dan aspek-aspek analisis yang lain seperti tegasan, terikan, modulus elastik dan sebagainya bagi digunapakan dalam proses merekabentuk.
  • Jurutera perlu mengkelaskan sistem struktur sebelum analisi dijalankan melalui daya-daya yang dialami oleh struktur.

Daya-daya dalam struktur


 Rekabentuk Struktur
  • Biasanya dibuat menggunakan kaedah elastik dengan berpandukan kod amalan rekabentuk serta pengalaman.
  • Bagi memastikan keselamatan struktur, syor-syor dalam spesifikasi kod amalan rekabentuk dan pembinaan yang telah ditetapkan mestilah difahami dan diikuti.
  • Kod merupakan hasil penyelidikan dan pengalaman jurutera lampau bagi memastikan keselamatan dan kesilapan lalu tidak berulang.
  • Contoh : kekuatan bahan, tegasan dan pesongan bagi anggota yang telah direkabentuk mestilah tidak melebihi kekuatan muktamad bahan atau tegasan dan pesongan izin yang telah ditetapkan dalam kod.
  • Selain secara manual, rekabentuk boleh dilakukan dengan menggunakan perisian komputer supaya lebih cepat, tepat dan mengurangkan kesilapan.

No comments:

Post a Comment